Mahu Beli Kasut Biru Rubina?


Seorang wanita bangun dari tidur tanpa tubuh. Seorang budak lelaki cuba meniti keperitan alam kedewasaan bila haiwan mini mula keluar dari anusnya. Apa yang akan anda lakukan jika malaikat terlupa membawa unikon untuk harijadi anak perempuan anda? Dan apakah semua kasut jahat, atau hanya yang biru saja?


Watak2 dalam Kasut Biru Rubina mahu hidup dalam kehidupan biasa. Tapi yang luar biasa berlaku. Pendek, mengejutkan dan penuh penipuan yang hanya boleh lahir dari akal seorang penipu surat berantai Nigeria, cerpen Sufian Abas adalah snapsyot yang menerangkan keanehan dalam dunia yang wujud dalam mimpi ngeri kita.

Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpen pop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakaibuang (disposable literature) yang dipelopori penulis Yahudi kelahiran Vienna, Hermann Broch, ia diharap dapat menghiburkan pembaca dalam beberapa waktu mereka terperangkap di latar urban ini (misalnya ketika di dalam elarti, tatkala menunggu awek/balak, sewaktu menanti azan sebelum berbuka atau menunaikan solat dsb). Selepas dibaca ia bolehlah dibuang atau lebih afdal lagi didermakan kepada mereka yang dahagakan bahan bacaan tapi tak mahu terjerumus dalam pembacaan remeh seperti membaca tanda jalan, kotak konflek, notis dari jawatankuasa kampung, majalah mangga, atau surat pemberhentian kerja.

Di Silverfishbooks,
58-1 Jalan Telawi
Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur

Laman web
Tel: 03-22844837
Emel: info (at) silverfishbooks.com

Belian gaya pos kad kredit (untuk para burjuis) - klik sini

Harga dengan penghantaran RM20 (hanya pembelian kad kredit saja, untuk pembelian bentuk lain sila rujuk di bawah)

* * * * *

Belian gaya pos gaya lain untuk golongan proletar:

Harga istimewa (untuk edisi terhad) RM10 (tak termasuk pos)
Pos: RM2 untuk satu buku
Beli lebih dari 10 dan pos adalah RM1 setiap buku

Sila masukkan uwang di dalam akaun berikut, dan secara magis, dua, tiga atau empat hari kemudian buku itu akan dihantar oleh seorang jantan ganteng berseragam biru dan bermotor merah:

nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

* * * * *

Perhatian!

Kasut Biru Rubina kini boleh diperolehi di toko-toko buku gergasi Borders dan MPH. Sila ke toko kegemaran anda dan berkata dengan bangga mai sechawan "Saya mahu beli Kasut Biru Rubina, tukang kedai. Sila bungkus satu untuk saya!"
untuk mendapatkan naskhah anda.

2 comments:

Ikhwan said...

Salam/Hi,

Untuk belian gaya pos untuk golongan proletar, macam mana nak bagitahu alamat utk dihantar?

Sufian said...

emel alamat ke dvinecomedy (at) hotmail.com