Sang Freud Press

Buku2 SFP dan cara membeli







Terbaru Puisi Poket 2: Tangerin & Nikotin oleh Mimi Morticia
96 m/s RM15.00














Puisi Poket 1: Akulah Perempuan Muda Itu oleh Shaira Amira
96 m/s RM15.00














Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas Edisi Mutakhir
(Akan datang)















Matanya Teleskop, Hatinya Kapal dalam Botol Kaca (Edisi Terhad)
96 m/s RM15.00












Dua Lauk oleh Taf Teh dan D'ianadi
96 m/s RM20.00












Caranya membelinya:


Dua Lauk, Tangerin & Nikotin (mulai 5 Oktober) dan Akulah Perempuan Muda Itu boleh didapati di semua kedai buku di Malaysia. Teleskop dan semua buku di atas boleh diperolehi di Silverfishbooks, Bangsar.

Untuk belian secara pos

1.Masukkan RM15 ke akaun berikut:
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

2. Lampirkan alamat

3. Dua tiga hari kemudian, seorang pemuda bermotosikal akan datang menghantar buku :)

Pelancharan Puisi Poket No: 1


Buku Akulah Perempuan Muda itu adalah himpunan puisi seorang perempuan muda, Shaira Amira, yang lahir melalui konsepsi imakulat di sebuah negeri jauh satu waktu dulu.

Puisi Poket adalah satu usaha untuk mengambalikan puisi kepada yang hak, yakni kau dan aku. Cukup kacip dan comel untuk disumbat di dalam kocek, ia sesuai dibawa dan dibaca di mana-mana; sewaktu menunggu kawwan karib di elarti, sewaktu naik elarti bersama kawan karib dan selepas menyalakan rokok di belukar bawah landasan elarti setelah habis berbincang bahasa tubuh dengan kawan karib.

Puisi Poket 1: Akulah Perempuan Muda itu oleh Shaira Amira diterbitkan oleh Sang Freud Press.

Kod Pakaian: Glamot (Glam Comot)

PERHATIAN: Di acara ini naskhah Akulah Perempuan Muda Itu akan dijual dengan harga potong leherRM10! (Harga jualan kedai RM15)

Mereka yang akan buat persembahan adalah:

i) Mysthicus (dengan lagu hit best giler) Bidadari

ii) Adam Kasturi (Tipulah kalau lu tak bayangkan noir Raymond Chandler bila mendengar-tonton persembahan beliau

iii) Vovin atau lebih dikenali dengan nama sebenarnya Vince (Tak yah tanyalah siapa dia. Kodilah lu kalau tak kenal)

iv) Wani Ardy: Puteri Pasca Pop yang super-santai.

Untuk mereka yang berfesbuk, ini rsvpnya:

FAQ Sang Freud Press

1. Sang Freud Press? Jadah apanya tu setan?

Sang Freud Press adalah sebuah rumah penerbitan tak rasmi. Menerbitkan fiksyen, bukan fiksyen dan puisi dalam Bahasa Melayu saja.

2. Apa Jenis fiksyen yang SFP terbitkan?

Fiksyen frinjan atau terpinggir, yakni yang takkan disiarkan dalam media arus perdana. Fokus fiksyen SFP waktu ini, ialah cerita pendek. Tapi kalau ada novel yang bersesuaian pasti boleh dipertimbangkan. Setakat ini SFP sudah terbitkan 2 koleksi cerpen, Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas, dan Dua Lauk oleh Taf Teh dan D'ianadi. Tahun ini SFP merancang untuk mengeluarkan dua lagi judul. Insyaallah.

3. Apa jenis puisi yang SFP terbitkan?

Yang tak bermula dengan "Ramadhan datang lagi...", tiap Ramadhan. Puisi dari SFP datang dalam bentuk khusus, dan diberi nama yang hip: Puisi Poket, saiznya kecil, muat dalam kocek dan sangat kacip digunakan sebagai aksesori oleh pria dan wanita. Koleksi puisi pertama SFP ialah Akulah Perempuan Muda Itu tulisan Shaira Amira. Ia sedang dicetak di waktu ini. Tahun ini SFP merancang untuk menerbitkan 3 lagi puisi poket (Insyallah).

4. Apa jenis non-fiksi yang SFP terbitkan?

Waktu ini hanya sebuah buku dalam perancangan: Tontonfilem (nama belum dipersetujui), kritik filem oleh Fadli Al-Akiti. Buku ini dirancang untuk diterbitkan hujung tahun ini.

5. Mana Sang Freud Press dapat dana untuk penerbitan?

SFP mendapat dana dari pelacuran minda, yakni kerja kerja terjemahan dan pengiklanan.

Tapi SFP juga tidak menolak jika ada sumbangan yang diberi dari pihak yang prihatin, tidak kiralah dari segi wang atau tubuh badan.

6. Saya seorang penulis dan saya ingin sangat tahu tentang royalti yang saya akan terima (mereka yang alah matematik, sila palingkan kepala, kerana ia amat mengerikan).

Formula untuk royalti SFP: 50% daripada keuntungan tolak modal. Maksudnya:

Andaikan modal: RM2000
Bilangan cetakan: 500
Setiap buah buku dijual dengan harga: RM20
Andaikan semua buku terjual*.
Jumlah jualan kasar: RM10000
Jadi Royalti adalah bersamaan dengan 10000
- 2000
--------
8000/50% = RM4000

Mudah, kan?

*Caveat: Tapi ini tak mengambil kira peratusan yang diambil pengedar dan kedai buku.

7. Apakah penulis perlu menyumbang apa-apa dana?

Tidak. Penulis cuma perlu goyang kaki, dan wang serta kemahsyuran akan datang mencurah-curah.

8. Apa yang SFP buat dengan keuntungan itu? Maksud saya, apakah ia digunakan untuk tujuan menaja teroris, umpamanya?

Keuntungan SFP biasanya digunakan untuk cetakan semula buku, cetakan buku lain, permainan PS3, atau sashimi salmon belly untuk kawan-kawan. SFP mengamalkan sikap tiada rundingan dengan teroris.

9. Saya mahu menulis untuk SFP!

Layangkan emel ke dvinecomedy [at] hotmail [dot] com. Tapi ingat, emel anda mungkin tidak dilayan, kerana biasanya penulis SFP dijemput secara peribadi untuk menulis untuk SFP.

10. Saya mahu menyumbang untuk SFP kerana SAYA PERCAYA!

Layangkan emel ke dvinecomedy [at] hotmail [dot] com.

11. Di mana boleh saya perolehi buku-buku SFP?

Di semua toko-toko buku besar seluruh negara, Insyaallah. Sila bertanya pada adik-adik atau abang-abang di kaunter atau yang sedang berkeliaran kalau tak jumpa. Atau anda boleh beli terus daripada SFP di alamat (cuba teka!) dvinecomedy [at] hotmail [dot] com.

Akan Datang Dari Sang Freud Press

Senarai Kedai yang menjual DUA LAUK

*Terbaru*

DUA LAUK kini boleh didapati di Popular seluruh Malaysia

DUA LAUK kini boleh dibeli di Silverfishbooks, Bangsar 

KL

MPH Alpha Angle
MPH Mid Valley
Borders BTS
Borders Garden
Kinokuniya KLCC
Popular Ampang Point

Putrajaya

MPH Alamanda

Selangor

MPH SACC
MPH One Utama
Borders The Curve
Borders Tropicana
Popular Amcorp Mall
Popular Aeon Balakong
Popular Selayang Mall
Popular Bukit Raja
Popular SUnway Piramid
Popular IOI
Popular Bukit Tinggi

TERENGGANU

Popular Mesra Mall Kemasik

Negeri Sembilan

MPH Jusco Seremban

Penang

Popular Queensbay Mall
Popular Prangin Mall
Popular Tesco Penang
Popular Plaza Gurney
Popular Sunway Carnival Mall
Popular AEON Seberang Prai
Borders Queensbay Mall
Popular Bukit Jambul
Popular Queensbay
Popular Megamall Seberang Penang
Popular  Prangin Mall
Popular  Sunway Seberang Jaya
Popular  Jusco Perdana

JOHOR

Popular JB City Square
Popular Batu Pahat Mall
Popular Giant Tampoi
Popular Summit Batu Pahat
Popular Jusco Tebrau City

KEDAH

Popular Central Square, Sg Petani
Popular Tesco Alor Star
Popular City Plaza, Alor Star
Popular Star Parade A Star

KELANTAN

Popular KB MALL Kelantan

MELAKA

Popular Tesco Melaka
Popular Melaka SC

NEGERI SEMBILAN

Popular Terminal One
Popular Jusco Seremban 2

PAHANG
Popular Kuantan Megamall

PERAK

Popular Greentown
Popular Taiping

Sabah

Popular Centrepoint KK 

Sarawak

Popular Bintang Plaza, Miri

Sidang Bacaan Di Silverfishbooks



Terbaru dari Sang Freud Press



*Tawaran Baru*

Ada 10 (sepuluh saja) naskhah Kasut Biru Rubina yang tidak dalam keadaan sempurna (kecacatan termasuklah tompokan pada muka surat dan sebagainya) yang akan diberikan percuma (ya, percuma macam oksigen yang kau hirup) dengan 
setiap pembelian Dua Lauk  pada harga RM20 (termasuk Pos di Semenanjung Malaysia)
Jadi pijaklah siapa yang kerdil, dan libaslah mereka yang ketot, untuk mendapatkan 
naskah anda sekarang.


*Hangat*

Anda ada belog*? Anda ingin merebiu buku Dua Lauk? Sila hubungi gua di emel: dvinecomedyathotmaildotcom (naskhah rebiu hanya terhad pada 10 saja, jadi lekas! Lekas! Lekas!)


[Ya, bantu penerbit untuk meneruskan sisa-sisa hidup seharian dengan parti buih yang penuh hedonis  dengan memperkudakan sastera! Ingat! Satu buku untuk satu bohsia!  
Ulang bersama saya!]

*pinjam kata model tersohor yang kelakar nak mampus, Hanis Zalikha

Acerca del blog